DUA 2012 :
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI DISEMBER 2017
KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK ( KOMUNIKASI )
KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK ( KOMUNIKASI )
TAJUK :
HURAIKAN TENTANG BAGAIMANA KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS BERDASARKAN DALIL-DALIL YANG SAHIH
NAMA PENSYARAH :
PUAN SURIA BINTI EMBONG
( JABATAN PENGAJIAN AM )
( JABATAN PENGAJIAN AM )
NAMA AHLI :
- NUR IZZAH BT NGAH ( 12DEP17F1004 )
- WAN NUR ALYA ATHIRAH BT WAN MOHD KAMIL ( 12DEP17F1002 )
- ANIS SOLEHAH ABDUL HALIM ( 12DEP17F1020 )
OBJEKTIF
Selepas menyelesaikan tugasan ini ( e-folio ) semua ahli kumpulan dapat mempelajari satu ilmu baharu dan saling bertukar pendapat satu sama lain . Selain itu , semua ahli kumpulan dapat mempelajari bahawa tajuk sedemikian memerlukan isi kandungan yang tepat dan sahih ( tiada unsur rekaan ) . Dapat mengenal / mengetahui lebih dalam kejadian manusia menurut Al-Quran dan sains .
OBJEKTIF
Selepas menyelesaikan tugasan ini ( e-folio ) semua ahli kumpulan dapat mempelajari satu ilmu baharu dan saling bertukar pendapat satu sama lain . Selain itu , semua ahli kumpulan dapat mempelajari bahawa tajuk sedemikian memerlukan isi kandungan yang tepat dan sahih ( tiada unsur rekaan ) . Dapat mengenal / mengetahui lebih dalam kejadian manusia menurut Al-Quran dan sains .
PENGENALAN
Proses kejadian manusia adalah satu tanda daripada tanda kekuasaan Allah sebagai Pencipta.Allah menempelak sikap manusia yang sering lupa dan alpa asal usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang berbunyi :
Daripada Adam, lalu dijadikan Hawa dan daripada mereka diciptakan keturunan manusia melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai NUTFAH. Kemudiannya menjadi segumpal darah (ALAQAH) kemudiannya seketul daging (MUDGHAH) kemudian menjadi beberapa tulang (I’ZHAM) kemudian tulang yang dibaluti dnegan daging seterusnya lembaga yang ditupkan roh oleh Allah. Firman Allah yang berbunyi :
Selain itu, Rasulullah juga telah bersabda:
" Bahawasanya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian merupakan alaqah( segumpal darah) seumpama demikian( selamana 40 hari) kemudian dia merupakan mudghatan ( segumpal daging) seumpama demikian ( selama 40 hari). Kemudian Allah mengutus malaikat, maka diperintahkan kepadanya (malaikat) empat perkataan. dan dikatakan kepada malaikat: Engkau tullislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan celaka atau bahagianya.Kemudian ditiupkanlah kepada makhlik itu .. "
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, 248)
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
ERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu .
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri .
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t .
KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah:
Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.
Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan.
MENSYUKURI NIKMAT
Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Terutama pemberian pancaindera yang biberikan oleh Allah. Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan .
2. Hidung alat penciuman .
3. Telinga alat pendengaran .
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya .
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya .
Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai nikmat yang diberi oleh Allah? Ini adalah dengan rasa bersyukur di atas segala yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.
1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan lisan dan perbuatan.
2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut; Allah s.w.t. berfirman,
Maksudnya “ dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur)”. (al-Dhuha:11)
3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan ayat;
Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit itu.
1. Mata alat penglihatan .
2. Hidung alat penciuman .
3. Telinga alat pendengaran .
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya .
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya .
Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai nikmat yang diberi oleh Allah? Ini adalah dengan rasa bersyukur di atas segala yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.
1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan lisan dan perbuatan.
2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut; Allah s.w.t. berfirman,
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan ayat;
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ
Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit itu.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum bersyukur ke hadrat ilahi di atas pengurniaan dan ruang pada kumpulan kami untuk menyelesaikan kertas kerja ( e-folio ) yang agak mencabar dalam menghasilkan satu tugasan yang bertajuk berkaitan tentang bagaimana proses kejadian manusia menurut al-quran dan sains berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Terima kasih diucapkan kerana telah memberi waktu untuk menyelesaikan tugasan ini dan peringanan ini amatlah bermakna untuk kumpulan kami.Tajuk yang diberikan amatlah mencabar untuk kumpulan kami selesaikan kerana terdapat banyak percanggahan di tajuk ini tapi dengan izinnya kertas kerja ( e-folio ) ini telah pun siap hasil kerjasama dari semua ahli kumpulan :)
RUJUKAN
- http://kejadiankita.blogspot.my/p/kejadian-manusia-perspektif-islam.html
- http://www.academia.edu/31315092/Proses_Penciptaan_Manusia_berdasarkan_Al-Quran_Hadits_dan_Sains.pdf
- http://asfahani0.blogspot.my/2013/11/proses-kejadian-manusia-dalam.html
- http://asfahani0.blogspot.my/2013/11/proses-kejadian-manusia-dalam.html
KESIMPULAN
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Q.S. Al-Mu'minun, 23: 12-14)Kita sebagai manusia yang dicipta oleh pencipta ( Allah SWT ) haruslah menurut perintahNYa . Tujuan manusia dicipta dan dilahirkan di dunia adalah bertujuan menjadi hambaNYA dan khalifah di muka bumi .